DubuYo

LOKASI : L1-81, 80, Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Assalamualaikum dan hi !!
So hari ni mai nak share sikit pengalaman makan di Dubuyo. Kalau nak try makan makanan Korea yang halal, Dubuyo ni yang mai recommned juga sebab murah and diyakini halal. ( Dia pon ada display logo Halal tau, so boleh makan tanpa ragu-ragu ).
Dubuyo ni dulu kalau korang pernah dengar lah kan, nama asal dia Dubu-Dubu. Sekarang ni dia dah tukar nama kebada Dubuyo, baru la bunyi macam Korean gittuwwwww kan. Haha
Jadi, apa yang best sangat Dubuyo ni? Jom baca review kat bawah niii.

So ini lah dia rupa Dubuyo. I would say yang Dubuyo ni akan ada kat most major malls lahh. So boleh choose an outlet to try heh. Like this time, aku makan di Dubuyo, The Mines, sebab tak ramai orang sangat kat sini and kebetulan memang nak kesini. Singgah la sekali kan hahaaa..
This is how it looks like from the inside haa. Okayylahh kann, the ambience is spacious, nice and also comfortable.
So, the first thing, bila duduk je kat meja benda pertama kita nak is of course.. Menu ! So usually the staff akan handout kan menu and promotions yang diorang tengah ada masatu.
Di atas ni ialah promo yang Dubuyo adakan setiap masa tak kira pagi, petang, malam, hari minggu, hari kerja, memang akan ada set ini.
Di atas ni pulak, promo yang dibuat hari bekerja dan pada waktu lunch sahaja, harga dia pon jauh lebih murah berbanding harga yang ada di dalam menu-menu dia.
Ini pula merupakan menu-menu dia la. So korang boleh decide sama ada nak amik set meals, or ala carte or nak order yang promo jee pun boleh.
Usually orang yang baru first time nak try makanan Korea, dia akan confuse nak order apa, sebab nama makanan dia pelik pelik. Haha, yela bahasa korea kan. So my suggestion is, for first timers, aku sarankan ambil yang promo set meals for 2 or for 4 macam kat bawah ni.
Since aku selalu makan berdua je, usually aku akan order meal set for 2 yang berharga RM 56.85. Kita boleh dapat 2 jenis lauk, including nasi, side dish, air, sup and desserts also. So bila dah kira kira buat perbandingan kalau order satu2 dari menu biasa, harga promo ni jauh lebih murah dari order satu2 menu yang exactly the same jee pun.
Kalau perasan kat menu dia, dia ada bagi kita pilih nak apa. Contoh :
Soondubu Jigae (Seafood, Beef, or Chicken)
Honey Garlic Bulgogi (Chicken or Beef) OR korean spicy wings or Honey Mustard Wings
So menu yang biasa aku order :
Soondubu Jigae Seafood
Honey Garlic Bulgogi
Selebihnya ikut set yang diberi. Tapi terpulang la korang suka apa, tapi yang tu yang aku suka la. Hahaha.
Tadaa !! dah sampai semua. Sorry my bad gambar tak cantik, tak kena angle, sebab ada makhluk kat sebelah yang suka kacau kacau time kita snap gambar grr. So masa menunggu di dubuyo usually memang tak lama la. Dalam 10 minit dah boleh dapat semua order.
Honey Garlic Bulgogi
Soondubu Jigae Seafood
Nasi
Side dish dia yang kita boleh refill sebanyak mungkin.
Yang aku terlupa ambil gambar adalah sup dan dessert dia. Dessert dia cam Tau Fu Fah yang kita beli kat pasar malam tu tapi ada rasa lemonlemon sikit camtuuu...
Roasted Barley Tea
Air ni rasa dia memang cam hangus sikit, tapi itulah rasa dia senanyee, huhuhu. Usually air dia bagi memang tawar habeh, so korang kena order air gula sekali lahhh okayy. Jangan takut-takut, order jeeee haaaa.. Memang air gula dia bagi free of charge jeee.
To be honest, makanan kat Dubuyo takdela rasa authentic macam makan di Korea sana tu haa. Tapi kena lah dengan tekak kita orang Melayu ni kannn. Takdelah terkejut sangat tekak tu haha. Maybe sbb masakan dia dah di Malaysia kan kot tu yang sesuai dengan tekak kita nii....
Thankyou for reading ! Wassalam :)







Kat nismilan xda ke.
ReplyDeleteDbuyu tuu mkan apa? Mcm moii ja
ReplyDelete