Saturday, March 23, 2019


SEOUL GARDEN


LOKASI : Seoul Garden Aman Central, Alor Setar terletak di tingkat 3, lot 3-23.


Assalamualaikum..

Okay kalini nak ceritalah sikit pasal pengalaman makan kat seoul garden ni. Jauh heh sekali pergi makan seoul garden kat kedahh hahahha, macamlah kat sini takde.. Unplanned pun sebab kebetulan jee nak singgah aman central ni jalan jalan dengan family besar. Datang kedah pun sebab ada kenduri kahwin tempat makcik jee. Okay ni nak cerita sikitlah kan macam mana cara served makanan dia.. 

Jika nak ambil makanan untuk dimasak tu ambil sikit sikit je dulu kalau tak abis kang kena caj lebih nanti haa. Kalau setakat sikit tak habis tak apa, diorang pejam mata je.
Pilihan buffet untuk di grill atau dimasukkan dlm sup adalah daging, ayam dan seafood yang biasa. Udang satu jenis, sotong 2 jenis (yg kembang dan sotong putih biasa tu) dan mussel atau kepah.




harga buffet



meat dan seafood



Sayuran





yg ni ikan goreng, fries, sushi dll





Buah dan dessert


aiskrim


Drinks





set grill ni boleh disetkan ikut tahap panas mana nak.



benda yang diambil dekat buffet spread..pilih la kuah sup mana nak..ada kuah sup biasa dan ramen


yg ni dah siap dimasak


lets start


ketamakan melanda

grill beef dan lamb


ramen dah siap..slurppp




gorilla lepas makan


not bad lahh dan sangat kenyang !!

So, kalau nak makan kat sini makanlah beramai ramai. Pergi sorang dua pon boleh tapi macam krikrik lah sikit sebab bagi aku bila makanan yang berkonsepkan steamboat ni lagi meriah makan ramai ramai dengan familyy dengan kengkawann ke haa macamtuu. So ya i rocemmend too this one for you to try !!

Thankyou for reading ! Wassalam :)





DubuYo


LOKASI L1-81, 80, Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor



Assalamualaikum dan hi !!

So hari ni mai nak share sikit pengalaman makan di Dubuyo. Kalau nak try makan makanan Korea yang halal, Dubuyo ni yang mai recommned juga sebab murah and diyakini halal. ( Dia pon ada display logo Halal tau, so boleh makan tanpa ragu-ragu ).

Dubuyo ni dulu kalau korang pernah dengar lah kan, nama asal dia Dubu-Dubu. Sekarang ni dia dah tukar nama kebada Dubuyo, baru la bunyi macam Korean gittuwwwww kan. Haha

Jadi, apa yang best sangat Dubuyo ni? Jom baca review kat bawah niii.




So ini lah dia rupa Dubuyo. I would say yang Dubuyo ni akan ada kat most major malls lahh. So boleh choose an outlet to try heh. Like this time, aku makan di Dubuyo, The Mines, sebab tak ramai orang sangat kat sini and kebetulan memang nak kesini. Singgah la sekali kan hahaaa..









This is how it looks like from the inside haa. Okayylahh kann, the ambience is spacious, nice and also comfortable.


So, the first thing, bila duduk je kat meja benda pertama kita nak is of course.. Menu ! So usually the staff akan handout kan menu and promotions yang diorang tengah ada masatu.





Di atas ni ialah promo yang Dubuyo adakan setiap masa tak kira pagi, petang, malam, hari minggu, hari kerja, memang akan ada set ini.

Di atas ni pulak, promo yang dibuat hari bekerja dan pada waktu lunch sahaja, harga dia pon jauh lebih murah berbanding harga yang ada di dalam menu-menu dia.









Ini pula merupakan menu-menu dia la. So korang boleh decide sama ada nak amik set meals, or ala carte or nak order yang promo jee pun boleh. 

Usually orang yang baru first time nak try makanan Korea, dia akan confuse nak order apa, sebab nama makanan dia pelik pelik. Haha, yela bahasa korea kan. So my suggestion is, for first timers, aku sarankan ambil yang promo set meals for 2 or for 4 macam kat bawah ni.


Since aku selalu makan berdua je, usually aku akan order meal set for 2 yang berharga RM 56.85. Kita boleh dapat 2 jenis lauk, including nasi, side dish, air, sup and desserts also. So bila dah kira kira buat perbandingan kalau order satu2 dari menu biasa, harga promo ni jauh lebih murah dari order satu2 menu yang exactly the same jee pun.

Kalau perasan kat menu dia, dia ada bagi kita pilih nak apa. Contoh :

Soondubu Jigae (Seafood, Beef, or Chicken)
Honey Garlic Bulgogi (Chicken or Beef) OR korean spicy wings or Honey Mustard Wings


So menu yang biasa  aku order :

Soondubu Jigae Seafood
Honey Garlic Bulgogi

Selebihnya ikut set yang diberi. Tapi terpulang la korang suka apa, tapi yang tu yang aku suka la. Hahaha.




Tadaa !! dah sampai semua. Sorry my bad gambar tak cantik, tak kena angle, sebab ada makhluk kat sebelah yang suka kacau kacau time kita snap gambar grr. So masa menunggu di dubuyo usually memang tak lama la. Dalam 10 minit dah boleh dapat semua order.



Honey Garlic Bulgogi



Soondubu Jigae Seafood



Nasi 

Side dish dia yang kita boleh refill sebanyak mungkin.

Yang aku terlupa ambil gambar adalah sup dan dessert dia. Dessert dia cam Tau Fu Fah yang kita beli kat pasar malam tu tapi ada rasa lemonlemon sikit camtuuu... 


Roasted Barley Tea

Air ni rasa dia memang cam hangus sikit, tapi itulah rasa dia senanyee, huhuhu. Usually air dia bagi memang tawar habeh, so korang kena order air gula sekali lahhh okayy. Jangan takut-takut, order jeeee haaaa.. Memang air gula dia bagi free of charge jeee. 


To be honest, makanan kat Dubuyo takdela rasa authentic macam makan di Korea sana tu haa. Tapi kena lah dengan tekak kita orang Melayu ni kannn. Takdelah terkejut sangat tekak tu  haha. Maybe sbb masakan dia dah di Malaysia kan kot tu yang sesuai dengan tekak kita nii....


Thankyou for reading ! Wassalam :)




Kyochon : Korean Fried Chicken


LOKASI : Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, LG311, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor


Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak makan kat kyochon niii.. Ni lah salah satu tempat makan favourite mai dengan adik bila datang sini. Nak dijadikan cerita, ahad lepas kami sekeluarga jenguk nenek kat bandar utama ni. Dah alang alang tu adik pun ajak gi makan kyochon kat one utama ni. Pergi berdua jelah sbb kami je yang tekak korea sikitt :P

Datang datang je hah amekk beratur panjang !! Ramai wehh serious ramai and redha jelah masatu hahaha nak sangat makan kannn.. Yelah dah alang alang.. Kat batu pahat takde kyochon huhuhuhu.. Dapat je tempat duduk, nampak dah diorang duk cakap kena tunggu at least dalam 15 minit camtuu untuk ayam goreng tu siap sebab diorang freshly fried... haaaa redha lagi sekali heh..



Kat Kyochon ni, mereka tidak menghidangkan fast food, menggunakan 100% natural ingredients dan menggunakan hanya ayam yang tersegar dan tersihat...heheh, so jom usha menu diaa. kat sini basically ada 4 jenis perisa ayam.. ada Soy Garlic, Red Pepper, Honey and Salsal.. untuk setiap perisa tu kita boleh pilih nak part wing atau drumstick dan kemudian boleh pilih size Regular, Medium atau Large.. selain tu, boleh juga pilih kalau nak half or whole chicken..



selain dari 4 perisa ayam yang merupakan signature dishes di Kyochon ni, diorang juga ada menyediakan  set di mana kita boleh order 25 cuts ayam campur campur 4 perisa tadi serta ada juga Dakganjeong! Dakganjeong ni salah satu favourite korean food aku.. debone chicken, part thigh tu and then dia masak dengan sweet honey and spicy chilli.. haihh sedappp !




Lepastu kyochon  juga  ada menu ala carte korean macam dakgalbi, bulgogi, teobokki, kimchi fried rice dan lain lain lagiii.. minuman pun ada macam macam daripada jus buah sampai la ke korean tea yang superb sedapp !



untuk kami berdua, kami order Kimchi Fried Rice (RM11.90) and nasi putih (RM3.90).. biasa je laaa fried rice dia ni pada aku.. dia served dengan telur mata dan seaweed.. kecik jer portion diaa ni.. huhuhu


selain tu kami jugaa ada order Regular Salsa Chicken Strips (RM11.90) yang diikuti bersama mustard dipping sauce.. perisa yang ni aku tak berapa nak gemar sangat la tapi, maybe sebab dia part dada ayam kot so aku tak berapa suka tapi bila panas panas tu ok jer la lagi nak makann..


and then kami ada order Regular Soy Garlic Wingette and Drummet (RM18.50). pada aku yang ni biasa jer sebab ada rasa masin sikit, maybe daripada soy tu kot tapi ok je la, takde la tak sedap langsung, tapi bukan favourite aku laaa kat Kyochon ni haa..



Selain tu, kami order juga Regular Honey Wingette and Drummet (RM20.50) yang sedapppp! yang ni antara yang aku suka lahh kat Kyochon ni! unexpected sebenarnya sedap sebab aku biasanya tak suka sangat makan honey tau hahaha, tapi yang ni sebab salutan ayam dia tersangat rangup dan rasa dia sangat sedap !



Kemudian, kami order Medium Red Pepper Wingette and Drummet (RM26.90) yang pedasss tapi sedap! bagi aku dia punya pedas boleh go lagi sbb aku jenis makan pedass tapi pedas yang pedas cili korea tu, korang dapat bayang tak? hahahaha tapi aku suka lahh..



dan akhirnya sebab kitorang berdua tamak, kitorang pun tambah order Dakganjeong (RM31.90). ya ampun, sedapppp juga wehhh! ayam bahagian thigh yang dah dibuang tulang. can you imagine? dia buat dalam 2 perisa, sweet honey dan spicy chilli.. for me, both pun sedapppp! lepastu portion Dakganjeong ni agak besar dan overall aku dan adik aku suka gila ayam Kyochon ni haa, berbaloi la jugakk tunggu lama pun. hahahaha... dan disebabkan kitorang spend lebih RM100, kitorang pun dapatlah buku voucher Kyochon untuk setahun.. Yeay happy tummy ! :D So guys, aku sangat sangat recommend kyochon ni okayy ! yang tak tekak korea pun boleh la try. Aku rasa boleh je kot adapt rasa diaa and why not mencuba kan... huuhuhuhu

Thankyou for reading ! Wassalam :)